My Heart Beat!

Followers

Wednesday, March 30, 2011

Macam kanak-kanak dah ni...

ngantuk nyer....

alamak....

ops....luv in d air....

maafkan sahaja.....

jom cari duit = redha illahi...

abis suda... nak ckit...

malu plak....

amik ni...haha...acah jer....

demam ckit...

oit....xdgr ke....

eeee...jahat nyer...

hurmmmm....




NAK PIC COMEY CAM NI...klik je kat picture 2...sy xkedekut pnyer...

Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...

Kata-kata

Hari ini 26 Rabiulakhir 1432H bersamaan dengan 31 Mac 2011... alahai... kejap je kan dah 3 bulan dlm 2011 ni berlalu... saya sebenarnya dapat satu picture menarik kat sahabat blogger (ala...lupe dah...maaf tau...kalu awak terjumpa blog saya ni,awak claim dr awak ye...)

Kita renung2kan tau...

Di ambil dari sahabat blogger...

Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...

Tuesday, March 29, 2011

::Kembali berbl0g...::

Assalammualaikum wrt dan Salam 1 Malaysia...

Hari ni 25 Rabiulakhir 1432H bersamaan dengan 30 Mac 2011... hari ni saya berasa tergerak hati plak nk kembali menulis... maaf ye lama xupdate... kekangan masa antara Hablu'Minallah, Hablu'Minnanas dan Maqasid As-syariah membuatkan tugas sy sbg khalifah sdikit goyah...biasalah... sy kan manusia biasa...fail ckit bab bhgi2 msa ni... tmbah plak dh kembali mnjdi plajar nie...nk iron bju pn smpai dh jd mlas... truk kan... hahaha...

ermmm... sbnarnya sy nk brcrita ttg satu aktiviti bru yg sy nak ceburi... arena berbsnes... ala... kecik2 jer...ni pn ats prbncangan sy ngan sorg member... nk bsness sorg2 cm malu plak...(malu kan sebahagian dr IMAN...ok la 2...sy msih ada MALU... hehe...) pape pn...xtvt brbsness ni msih dlm prgkat prbncangan...bila sy dh konf0m sy update lg smula kat bl0g tau... tp bsness ni bkn online..bkn MLM...haha...2 yg pnting 2...bsness sy ni trmasuk dlm 3 kperluan asas khdupan.. hope it'll be granted by ALLAH SWT n success...

Pray for me... InsyaAllah...we'll meet again in this cyber world...


Wassalam...


Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...

Thursday, February 24, 2011

Dari Sahabat kepada Sahabat 3

Maklumat terkini mengenai penagihan dadah nampaknya semakin parah. Namun kedapatan setengah pihak yang mengambil sikap meremehkannya dengan alasan angka yang begitu besar masih sedikit menurut peratusan. Kononnya nisbah penagih masih dua atau tiga peratus berbanding dengan golongan yang tidak terlibat dengan penagihan. Pihak yang berpendapat demikian akan tetap memandang ringan andainya penagih dadah mencapai jumlah jutaan kerana ianya kekal rendah dalam bentuk nisbah atau peratus kerana jumlah penduduk terus meningkat.

Golongan yang seumpama itu hanya akan insaf andainya anak atau suku sakat mereka yang terlibat. Dan sememangnya itu boleh dijangkakan atau mesti diletakkan pada keadaan tidak mustahil. Cuba bayangkan, secara purata seramai seramai 512 orang penagih baru dikesan bagi tempoh sebulan dan 630 orang penagih berulang. Ini bermakna secara purata seramai  17 penagih baru  dan 21 orang penagih berulang dikesan setiap hari (statistik 2008). Sedangkan penagih yang sedia ada, kepulihan atau kesembuhannya tidak begitu terjamin. Kesembuhan hanya sekitar 2% atau 3% sahaja. Kebanyakan yang keluar dari pusat pemulihan terjebak kembali kepada penagihan.


Perkembangan yang sudah berlarutan puluhan tahun ini sungguh merugikan keluarga, masyarakat dan negara. Negara terpaksa berbelanja besar untuk pemulihan dan pencegahan. Masyarakat dan negara juga kerugian kerana guna tenaga mereka tidak dapat dimanfaatkan. Keluarga pula kerugian kerana tidak dapat memberi sebarang sumbangan dan jasa. Malah menjadi beban di dunia dan di Akhirat. Di Akhirat kelak memungkinkan mereka boleh menyebabkan ibu bapa mereka ke neraka. Ini suatu yang harus disedari oleh semua umat Islam, kerana anak-anak durhaka dan maksiat ini menjadi punca kepada gelap dan terseksanya ibu bapa mereka ketika di alam kubur lagi.

Rumahtangga dan sekolah diibaratkan kilang memproses dan mengeluarkan roti. Di kilang tersebut bahan-bahan roti diadun dengan sebaik mungkin dan selepas itu dimasukkan ke dalam acuan. Bagaimana rasa, bentuk dan mutu roti itu sangat bergantung kepada cara roti itu diproses. Apabila roti tersebut berada di pasaran semua orang tahu bahawa bentuk roti yang bujur itu terjadi kerana sebelumnya telah dibentuk oleh acuannya yang  bujur.

Maka rumahtangga dan sekolah tempat memproses keperibadian maanusia. Produk rumahtangga dan sekolah itulah yang sekarang sedang berada dan menjadi anggota masyarakat. Berleluasanya gejala negatif adalah kerana peranan acuan yang telah membentuknya demikian. Dalam hal ini kita kena akui kalaupun bukan kegagalan, ianya tetap satu kelemahan dalam mendidik manusia. Dalam konteks memberi ilmu pengetahuan mungkin kelihatan berjaya tetapi dalam aspek pendidikan yang sasarannya manusia itu sendiri nampaknya banyak kelemahan.

Malangnya semua pihak tidak mahu mengakui kelemahan, malah sebaliknya berbangga pula kononnya sebagai yang terbaik dan berkesan. Sedangkan realitinya penagihan dadah itu salah satu dari produk yang dihasilkan. Banyak lagi gejala negatif yang berleluasa dan melibatkan semua peringkat dan golongan-politik, korporat, kakitangan kerajaan, pekerja bawahan hinggalah kepada remaja dan tidak terkecuali juga masyarakat kampung seperti di rancangan Felda umpamanya. 

Tidak mahu mengakui kelemahan ini menyebabkan tiada langkah atau usaha untuk memperbaikinya. Contohnya dalam soal pelajaran agama sama ada di sekolah agama mahupun di sekolah biasa, kedua-duanya sama saja yang berorentasikan peperiksaan. Misalnya pelajaran Tauhid, ianya lebih kepada bersifat hafalan, huraian dan kefahaman sebagai persediaan menjawab soalan peperiksaaan. Tiada kaitan dengan penghayatan yang diperlukan bagi kehidupan manusia itu sendiri. Sebab itu jangan terkejut andainya yang hafal surah Yasin, dan belajar agama semenjak kecil pun boleh jatuh murtad atas sebab-sebab yang sangat remeh seperti cinta atau lainnya.

Bolehkah diterima akal orang yang beriman itu mudah putus asa, kecewa dan lemah semangat? Tentu tidak! Namun apabila sesiapa saja mudah terjerumus kepada putus asa, kecewa, tiada pendirian, mudah terpengaruh dan mudah sangat terpesong kepada perkara negatif, itulah jawapan atau tanda bahawa kelemahan atau tiada iman. Pelajaran tauhid yang mereka hafal dan fahami itu tidak lebih dari sekadar mengesahkan iman mereka tetapi bukan sebagai benteng rohani. Mereka tidak pernah takut kepada Allah SWT (rukun iman pertama). Mereka juga tidak pernah merasa gerun dan cemas dengan hari Akhirat (rukun iman ke lima).

Penulis sendiri banyak terlibat dengan usaha pencegahan najis dadah. Realiti yang berlaku ialah 90% para remaja tidak faham ajaran Islam yang sebenar. Bagaimana kita boleh berbangga dengan negara kita mempunyai pendidikan Islam? Mari kita fikirkan perkara ini secara serius! Di mana sepatutnya mereka memperolehi kefahaman dan penghayatan ajaran Islam itu kalau bukan di rumah dan di sekolah. Sebabnya apabila mereka sudah terjun ke alam kemasyarakatan, cabaran sudah terlalu banyak sedangkan peluang bagi mereka mendapatkan didikan iman dan taqwa semakin sedikit.

Kita juga perlu ingat bahawa dalam membina sebuah bangunan banyak aspek dan komponen yang terlibat. Salah satu aspek penting ialah konkrit dan piling yang mesti kukuh. Semakin berat, besar dan tinggi sebuah bangunan maka semakin perlu kepada konkrit dan piling yang kukuh, teguh dan kuat untuk mampu menanggung beban. Sekiranya lemah maka ianya boleh rebah seperti kondominium Highland Tower atau stadium di Gong Badak, Terengganu. Seluruh struktur binaan dirancang dengan  rapi dan teliti. Betapalah dalam pembinaan manusia, yang sebenarnya jauh lebih rumit, berliku dan complicated. Kerana manusia ada akal, nafsu dan keinginan yang berbagai.

Berkaitan satu kenyataan PEMADAM bahawa antara punca keterlibatan dadah ialah kekurangan kasih sayang, maka perlu diusahakan kasih sayang di dalam keluarga. Dalam satu majlis, penulis pernah bertanya kepada beberapa anggota keluarga mengenai apa sebenarnya erti kasih sayang kepada anak-anak. Atau dengan kata lain, ibu bapa yang sememangnya menyayangi anak-anak, apa sebenarnya yang disayangi pada anak-anak itu? Telingakah? Hidungkah? Mulutkah? Perut anakkah yang disayangi? Kaki dan tangan anakkah yang disayangi? Tiada siapa yang memberi jawapan dengan pasti.

Ini membuktikan bahawa kebanyakan kita tidak pasti apa sebenarnya yang kita sayang ke atas anak-anak itu. Kita hanya tahu bahawa kita memang sayang. Dan itu hanyalah fitrah semata yang turut dimiliki oleh haiwan.
Apabila kita menyayangi anak-anak, maka tumpahkanlah kasih sayang kepada jasad mereka dengan menjaga kesuburan, kecergasan dan kesihatan mereka. Berilah kasih sayang kepada akal atau mental mereka melalui pengisian ilmu pengetahuan dan pemikiran yang baik. Perbetulkan cara berfikir mereka sebagai seorang Islam yang bertaqwa.

Jangan jadi seorang muslim yang berfikir secara Barat yang mereka itu hidupnya tiada lain untukenjoy, seronok, menimbun kebendaan dan memuaskan nafsu serakah. Mereka tidak pernah memikirkan tentang Tuhan, kehidupan sementara dan Akhirat. Sama macam pokok kayu dan haiwan yang mati akan menjadi tanah tanpa ada langsung tanggungjawab di hadapan Tuhan.

Sayangilah hati, rohani atau jiwa anak-anak. Isilah hati mereka dengan iman dan taqwa. Ini sajalah jaminan yang mereka akan sejahtera dan selamat di dunia dan Akhirat. Di dunia biar apa pun kedudukan mereka, biar apa pun bidang atau karier mereka, biar di mana pun mereka berada nescaya mereka tidak membelakangkan Tuhan yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Berbahagialah anak yang memiliki taqwa. Andainya mereka berada pada kedudukan yang tinggi, mereka tetap mentaati Allah SWT. Andainya mereka menjadi petani atau nelayan, atau buruh miskin mereka tetap mentaati Allah SWT.

Orang bertaqwa, akan bersyukur apabila memperolehi nikmat. Akan bersabar dalam keadaan susah dan menderita. Akan redha apabila ditimpa bencana.

Orang bertaqwa sentiasa gigih, bersungguh-sungguh, rajin, kuat bekerja, bercita-cita tinggi dan memiliki azam yang kuat kerana didorong oleh mentaati perintah Allah dan akan dipersoalkan di Akhirat kerana kegagalan di dunia. Dan mereka tidak pula mudah kecewa dan putus asa kerana memahami dan menghayati aqidah yang tepat, bahawa seluruh makhluk ini dalam genggaman Allah SWT. Apa yang ada pada manusia ialah usaha ikhtiar yang tidak memberi bekas. Namun dia tetap berusaha keras kerana memang diperintahkan oleh Allah SWT untuk berbuat demikian.

Inilah erti kasih sayang dan apa yang disayangi terhadap anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlu bertindak tepat dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak agar menepati sasaran. Ibu bapa perlu memenuhi kasih sayang anak-anak sesuai dengan keperluan anak-anak itu sesuai dengan keperluan tiap-tiap unsur tersebut.



Dadah: Barah yang semakin parah

by Mohd Fadli Yusof on Saturday, December 11, 2010 at 7:54pm





Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...

Dari Sahabat kepada Sahabat 2


Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW bersabda, "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenar-benarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai". (H.R. Ibnu Majah)


1. Tandus yang dimaksud oleh Rasulullah itu dari aspek kerohanian bukan material. Ketandusan spiritual inilah yang membawa berbagai angkara buruk kepada kehidupan manusia. Lihat sajalah sejarah yang telah banyak memaparkan berbagai natijah buruk lantaran terlalu mementingkan kebendaan atau yang dikatakan materialisma. 


Pembunuhan pertama dilakukan oleh Qabil terhadap adiknya Habil adalah kerana mahu merebut sesuatu keuntungan duniawi. Ini juga secara amat mudah difahami iaitu untuk mengembalikan kehidupan manusia ini kebaikan atau positif maka hendaklah disuburkan semula pengisian spiritual melalui iman dan taqwa. Tanpa iman dan taqwa manusia tidak terdorong untuk berbuat baik.

2. Ketika manusia dalam situasi ketandusan spiritual inilah maka berlakunya kedustaan dan kebatilan tertonjol sebagai kebenaran. Kebatilan menjadi pilihan manusia. Kebatilan dicanang dan dipromosikan di mana saja. Dan akhirnya kebatilan itu diterima dengan mudah dan menjadi sebati dalam kehidupan manusia.

3. Sebaliknya nasib kebenaran pula diberi tanggapan suatu yang batil. Bermula dari sikap membenci kebenaran sehinggalah membawa kepada tindakan yang menolak dan menafikan kebenaran. Nasib pembawa kebenaran itu juga sama seperti kebenaran itu sendiri. 

Lihat sajalah para Nabi dan Rasul yang merupakan golongan yang paling benar dan pembawa kebenaran kepada umat manusia. Namun merekalah yang paling diburu. Mereka menjadi pelarian di atas muka bumi Allah SWT ini semata-mata kerana mereka beriman dan membawa kebenaran dan hendak melenyapkan kebatilan. Malah ada di antara mereka yang dibunuh.

4. Pemegang amanah umat pula terdiri dari mereka yang sering mengkhianati amanahtersebut. Orang yang amanah pula sering diketepikan kerana dianggap sebagai pengkhianat. Itu juga sebagai petunjuk bahawa di dalam sesuatu masyarakat dan di zaman mana pun apabila majoriti masyarakatnya jahat maka pemimpin yang mendapat sokongan juga adalah orang yang sejenis dengan mereka. Tentulah penagih dadah akan menolak pak lebai untuk mengepalai kumpulan mereka.

5. Golongan yang paling mendapat tempat untuk bercakap, melontarkan idea, pandangan dan memperkatakan hal ehwal manusia ialah "Ruwaibidhah". Golongan ini sebenarnya bukanlah ramai namun merekalah yang menguasai berbagai saluran yang membolehkan suara mereka didengar oleh manusia. Sedangkan hakikatnya mereka itu disifatkan oleh Rasulullah sebagai hina (jahat) dan tidak mengerti urusan orang ramai. 

Sebab tidak mengerti urusan umatlah maka mereka ini tidak memperhitungkan perasaan orang lain. Mereka juga tidak tahu hendak mencorak dan membentuk jiwa dan pemikiran manusia. Mereka juga kurang bersimpati terhadap nasib umat. Andainya timbul masalah mereka juga tidak tahu cara penyelesaian. Kalau cuba diselesaikan maka timbul pula berbagai side-effect yang memerlukan pula mencari jalan penyelesaian lain. Akhirnya masalah menjadi berlapis-lapis dan kronik. 

Inilah yang sedang kita saksikan berlaku di pentas dunia hari ini.


Syabas Malaysia melalui kepimpinannya prihatin terhadap nasib Umat Islam Seanter0 dunia...

Publish by :: Nurhafiza

Leave comment if u have something in minds...