My Heart Beat!

Followers

Thursday, February 24, 2011

Dari Sahabat kepada Sahabat 2


Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW bersabda, "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenar-benarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai". (H.R. Ibnu Majah)


1. Tandus yang dimaksud oleh Rasulullah itu dari aspek kerohanian bukan material. Ketandusan spiritual inilah yang membawa berbagai angkara buruk kepada kehidupan manusia. Lihat sajalah sejarah yang telah banyak memaparkan berbagai natijah buruk lantaran terlalu mementingkan kebendaan atau yang dikatakan materialisma. 


Pembunuhan pertama dilakukan oleh Qabil terhadap adiknya Habil adalah kerana mahu merebut sesuatu keuntungan duniawi. Ini juga secara amat mudah difahami iaitu untuk mengembalikan kehidupan manusia ini kebaikan atau positif maka hendaklah disuburkan semula pengisian spiritual melalui iman dan taqwa. Tanpa iman dan taqwa manusia tidak terdorong untuk berbuat baik.

2. Ketika manusia dalam situasi ketandusan spiritual inilah maka berlakunya kedustaan dan kebatilan tertonjol sebagai kebenaran. Kebatilan menjadi pilihan manusia. Kebatilan dicanang dan dipromosikan di mana saja. Dan akhirnya kebatilan itu diterima dengan mudah dan menjadi sebati dalam kehidupan manusia.

3. Sebaliknya nasib kebenaran pula diberi tanggapan suatu yang batil. Bermula dari sikap membenci kebenaran sehinggalah membawa kepada tindakan yang menolak dan menafikan kebenaran. Nasib pembawa kebenaran itu juga sama seperti kebenaran itu sendiri. 

Lihat sajalah para Nabi dan Rasul yang merupakan golongan yang paling benar dan pembawa kebenaran kepada umat manusia. Namun merekalah yang paling diburu. Mereka menjadi pelarian di atas muka bumi Allah SWT ini semata-mata kerana mereka beriman dan membawa kebenaran dan hendak melenyapkan kebatilan. Malah ada di antara mereka yang dibunuh.

4. Pemegang amanah umat pula terdiri dari mereka yang sering mengkhianati amanahtersebut. Orang yang amanah pula sering diketepikan kerana dianggap sebagai pengkhianat. Itu juga sebagai petunjuk bahawa di dalam sesuatu masyarakat dan di zaman mana pun apabila majoriti masyarakatnya jahat maka pemimpin yang mendapat sokongan juga adalah orang yang sejenis dengan mereka. Tentulah penagih dadah akan menolak pak lebai untuk mengepalai kumpulan mereka.

5. Golongan yang paling mendapat tempat untuk bercakap, melontarkan idea, pandangan dan memperkatakan hal ehwal manusia ialah "Ruwaibidhah". Golongan ini sebenarnya bukanlah ramai namun merekalah yang menguasai berbagai saluran yang membolehkan suara mereka didengar oleh manusia. Sedangkan hakikatnya mereka itu disifatkan oleh Rasulullah sebagai hina (jahat) dan tidak mengerti urusan orang ramai. 

Sebab tidak mengerti urusan umatlah maka mereka ini tidak memperhitungkan perasaan orang lain. Mereka juga tidak tahu hendak mencorak dan membentuk jiwa dan pemikiran manusia. Mereka juga kurang bersimpati terhadap nasib umat. Andainya timbul masalah mereka juga tidak tahu cara penyelesaian. Kalau cuba diselesaikan maka timbul pula berbagai side-effect yang memerlukan pula mencari jalan penyelesaian lain. Akhirnya masalah menjadi berlapis-lapis dan kronik. 

Inilah yang sedang kita saksikan berlaku di pentas dunia hari ini.


Syabas Malaysia melalui kepimpinannya prihatin terhadap nasib Umat Islam Seanter0 dunia...

Publish by :: Nurhafiza

Leave comment if u have something in minds...

No comments:

Post a Comment