Salam semua.. hari ni dah masuk 09 Ramadhan.. kejap je masa berlalu kan... dan buat pertama kalinya Ramadhan thun ini, kami suami isteri dijodohkan (cewahhh.. ) untuk berpuasa serumah... Syukur Alhamdulillah... kalau dulu, si suami akan kelam kabut balik ke Perak untuk berbuka puasa. Hari Ahad pula, belum masuk waktu berbuka, dah bekejar ke Terminal Bas sebab takut jalan jam kat Kuala Lumpur. Sekarang situasi tu dah berganti. Syukur sangat. Perancangan Allah juga yang terbaik.^_^
Pada yang pernah mengikuti entry sebelum ini, Alhamdulillah... hari ni dh masuk 32 minggu saya dipinjamkan zuriat di dalam rahim ni... InsyaAllah ade lagi 8 minggu je lagi kami suami isteri akan dikurniakan anugerah terindah dari Illahi. Sungguh masa berlalu pantas sekarang ni kan. Rasa mcm baru semalam melompat gembira atas kurniaan indah ni. Tak sedar dah menghampiri 9 bulan zuriat ni berkembang. Moga semuanya selamat berkat doa kalian. ^_^
Tapi... yang harunya, barang-barang baby baru 80% je siap. Macam mane tu? Senarai barangan yang dibeli ni pun kita go0gle je. Maklum la xde pengalaman.. -_-' Apapun, syukur.. ada jugak yang dah siap dibeli..cuma....... baju-baju tu semua masih belum dibasuh.. T_T Tapi En Suami dh menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau akan membantu dalam urusan dobi.. lega..
No comments:
Post a Comment